BERITA

'Sukar puaskan hati pentaasub agama'

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Jul 2018, 10:06 pagi

Mantan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menegur PAS yang menolak pelantikan hakim kanan Tan Sri Richard Malanjum, seorang yang bukan beragama Islam sebagai ketua hakim negara.

Sri Ram berkata "sukar memuaskan hati pentaasub agama (drunk with religion)."

"Anda tidak akan boleh memuaskan hati pentaasub agama. Adakah PAS pernah menghasilkan mana-mana tokoh termasyhur (dalam bidang) undang-undang?

"Reaksi golongan pentaasub ini hanya relevan pada Zaman Pertengahan, jika mereka sangat prihatin, maka mereka (PAS) perlu menyokong perdana menteri kita dalam memerangi rasuah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang berkata pelantikan Malanjum, hakim bukan Islam yang pertama dilantik ke jawatan itu sejak tahun 1963, telah mencetuskan keresahan umat Islam.

Ini, khususnya selepas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Datuk Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.