Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri pendidikan mahu perkuatkan bahasa isyarat
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 3:16 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Kementerian Pendidikan sedang berusaha menggalakkan penggunaan bahasa isyarat pada acara rasmi dan di kalangan semua rakyat Malaysia.

Berucap pada perhimpunan di Putrajaya hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik disertai oleh penterjemah bahasa isyarat, Syar Meeze Mohd Rashid, 29.

Syar Meeze memberitahu Malaysiakini pada masa lalu apabila menteri berucap, khidmat penterjemah bahasa isyarat hanya digunakan apabila ada acara melibatkan komuniti yang mengalami masalah pendengaran.

"Tetapi ini akan menjadi lebih biasa sekarang kerana menteri mahu memperkuat bahasa isyarat," katanya.

Ditemui pemberita kemudian, Maszlee mengesahkan khidmat penterjemah bahasa isyarat akan digunakan dan beliau sendiri sedang belajar\ untuk berkomunikasi menggunakan bahasa itu.

"Saya galakkan semua orang belajar bahasa isyarat," katanya.

Malaysia mempunyai bentuk bahasa isyarat standardnya yang dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan berasaskan kepada Bahasa Isyarat Amerika.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia tahun lepas melancarkan aplikasi mudah alih percuma yang dipanggil MyBIM untuk mengajar penggunaan BIM.

Lihat Komen
ADS