Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontrator China ECRL arah tangguh bekalan simen
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 8:59 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Lafarge Malaysia Bhd, yang mendapat kontrak pada Mac untuk membekalkan simen bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), berkata penangguhan projek itu dijangka tidak memberikan kesan kewangan yang ketara terhadap operasinya dan keputusan kewangannya untuk tempoh sehingga kini.

Ini kerana, kerja yang disiapkan akan diberi pampasan mengikut terma dan syarat kontrak, kata syarikat pembuat simen itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Bagaimanapun, untuk tempoh selepas tarikh penangguhan, Lafarge akan hanya dapat menilai kesan kewangan sebenar terhadap operasi dan kewangan syarikat apabila menerima arahan yang jelas dari pelanggan (China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd) dan/ atau Malaysia Rail Link Sdn Bhd selepas selesai semakan semula oleh kerajaan terhadap projek ECRL itu,” kata syarikat berkenaan.

Anak syarikatnya, Lafarge Cement Sdn Bhd, memeterai perjanjian dengan China Communications Construction (ECRL) pada 19 Mac bagi membekalkan simen untuk kesemua lapan pakej cadangan projek ECRL pada anggaran nilai sementara sebanyak RM270 juta.

Hari ini, Lafarge menerima arahan daripada kontraktor China untuk penangguhan bekalan berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Ini berikutan arahan sama daripada Malaysia Rail Link Sdn Bhd kepada China Communications Construction (ECRL) pada 3 Julai.

Lafarge berkata, jika penangguhan itu ditarik balik, kontrak berkenaan akan memberikan sumbangan positif kepada keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan tempoh kewangan berikutnya dalam tempoh kontrak berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS