Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bapa Altantuya mohon guna keputusan jenayah dalam saman sivil

Setev Shaariibuu memfailkan permohonan supaya keputusan berkaitan kesalahan jenayah di Mahkamah Persekutuan berkaitan pembunuhan anaknya Altantuya digunakan dalam saman sivil RM100 juta keluarga itu.

Peguam Sangeet Kaur Deo memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah memfailkan permohonan itu bagi anak guamnya itu.

Katanya, isu undang-undang itu akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Vazeer Alam Mydin Meera sebelum perbicaraan kes saman sivil itu bermula.

“Isu perundangan paling utama sama ada dapatan mahkamah jenayah dan keputusannya boleh digunakan dalam prosiding sivil, atau sama ada anggota keluarga sebagai plaintif perlu membuktikan semula pembunuhan itu sekali lagi dalam perbicaraan sivil.

“Pejabat Peguam Negara setuju bahawa dapatan mahkamah jenayah berkaitan kes pembunuhan itu dan sabitan terhadap cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar tetapi tidak berkaitan (penganalisis politik) Abdul Razak Baginda,” kata Sangget.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya kes pembunuhan berprofil tinggi itu dibuka semula selepas bertemu Setev pada 20 Jun.

Setev dan anggota keluarganya memfailkan saman pada 2007 dengan menamakan Azilah, Sirul, Razak dan kerajaan sebagai defendan dalam kes kematian Altantuya.

Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mendapati Azilah dan Sirul didapati bersalah membunuh warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati kepada mereka.

Sirul bagaimanapun sebelum itu berjaya terbang ke Australia dan berada dalam tahanan imigresen negara itu.

Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dibebaskan dari kesalahan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS