Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita MCA: Kos bagi LRT3 dicadang HARAPAN lebih mahal dari BN
Diterbitkan:  Jul 13, 2018 10:07 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

Anggaran kos bagi projek LRT3 oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) lebih mahal berbanding mahal dan menawarkan gerabak yang lebih sedikit berbanding yang dianggarkan oleh pentadbiran BN sebelum ini, kata Naib Pengerusi Wanita MCA Ong Chong Swen.

Jelasnya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu menjelaskan kenapa pentadiran BN sebelum ini mampu menawarkan rancangan untuk 26 stesen dengan 42 gerabak kereta api bagi projek itu pada kos RM9 bilion sedangkan di bawah HARAPAN hanya merancang 18 stesen dan 22 gerabak pada kos RM16.6 bilion.

"Lim mendakwa kerajaan menjimatkan RM15 bilion dengan memotong kos projek LRT3. Namun realitinyam anggaran kos HARAPAN bagi projek itu lebih tinggi sebanyak RM7.6 bilio berbanding yang ditawarkan BN

"Ini bermakna kerajaan HARAPAN berbelanja lebih banyak untuk membina lebih sedikit. Lim perlu jelaskan alasan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Projek itu dilancarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2016. Pada November 2015, Najib memberitahu parlimen bahawa kos "tetap maksimum" bagi projek itu adalah RM9 bilion.

Bagaimanapun, pemilik projek Prasarana memberitahu Putrajaya pada Mac tahun ini bahawa kos sebenar sebanyak RM31.45 bilion. Prasarana sebelum ini memohon jaminan kerajaan persekutuan ke atas RM22 bilion bon yang dirancang pihak mereka untuk membiayai projek berkenaan.

Susulan itu, kabinet mengarahkan Prasarana untuk mengecilkan kos projek LRT3 kepada RM16.63 bilion dengan beberapa kompromi termasuklah satu stesen akan dikeluarkan daripada rancangan asal dan lima stesen yang lain akan ditangguhkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS