Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
128 maut serangan ke atas perhimpunan p'raya Pakistan
Diterbitkan:  Jul 14, 2018 9:19 AM
Dikemaskini: 5:15 AM

GLOBAL Seorang pengebom bunuh diri membunuh 128 orang dalam perhimpunan pilihan raya di barat daya Pakistan dalam serangan berkaitan pilihan raya pada hari Jumaat, kata para pegawai, di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat berhubung kepulangan Perdana Menteri Nawaz Sharif yang digullingkan, menjelang pengundian pada 25 Julai.

Pengeboman itu merupakan insiden ketiga keganasan yang berkaitan dengan pilihan raya minggu ini.

Sharif, yang telah digulingkan oleh Mahkamah Agung pada tahun lalu dan disabitkan atas tuduhan rasuah, seminggu yang lalu, tiba di negara itu untuk menghadiri perhimpunan partinya menjelang pilihan raya.

Menteri Dalam Negeri Baluchistan, Agha Omer Bangulzai memberitahu Reuters bahawa angka kematian dalam serangan itu telah meningkat kepada 128 orang, dengan lebih daripada 150 cedera.

Pegawai kanan polis Qaim Lashari sebelum ini mengatakan lebih 1,000 orang hadir di perhimpunan di bandar Mastung itu di wilayah Baluchistan yang dilanda keganasan.

Militan Islam yang dikaitkan dengan Taliban, al Qaeda dan IS telah beroperasi di wilayah itu, yang bersempadan dengan Iran serta Afghanistan. Ia juga berdepan dengan pemberontakan etnik pribumi Baluch yang memerangi kerajaan pusat.

IS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, kata agensi berita kumpulan itu, AMAQ. Kumpulan itu tidak memberi butiran lanjut atau bukti dakwaannya itu.

Pada bulan Februari 2017, IS mendakwa bertanggungjawab atas pengeboman bunuh diri di sebuah kuil di selatan Pakistan, yang membunuh 83 orang dan mencederakan lebih 150 orang.

Antara yang terbunuh dalam serangan hari Jumaat itu adalah calon Dewan Wilayah Baluchistan, Siraj Raisani, yang saudara kandungnya, Nawab Aslam Raisani berkhidmat sebagai ketua menteri wilayah itu dari tahun 2008 hingga 2013.

Bapanya, ketua kanan ANP, Bashir Bilour, terbunuh dalam kejadian bom bunuh diri pada akhir 2012, menjelang pilihan raya Pakistan lalu.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS