Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KPKT sedia kaji anggota bomba - Zuraida
Diterbitkan:  Jul 14, 2018 2:39 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia mengkaji cadangan menaikkan gaji anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata ini kerana tugas anggota JBPM kini dilihat semakin mencabar dan sama penting seperti anggota keselamatan lain.

“Jadi mungkin mesti ada sedikit peningkatan dari segi kebajikan mereka yang harus diambil kira dan diberi keprihatinan... (kenaikan gaji) mungkin kita akan bincang untuk dimasukkan dalam bajet pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) hari ini.

Rabu lepas, Zuraida dilapor berkata keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota JBPM akan diketahui hujung bulan ini.

Elaun khas itu disyorkan bekas menteri Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lepas bagi mengiktiraf usaha pasukan bomba dan penyelamat menangani bencana, yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkuasaan lain.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM, melibatkan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Sementara itu, Zuraida berkata kementeriannya juga akan mengkaji dan meneliti keperluan untuk menambah bajet pasukan bomba sukarela dan komuniti yang bertindak sebagai pasukan pertama membantu JBPM sekiranya berlaku bencana.

- Bernama

Lihat Komen
ADS