Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CJ: Penangguhan boleh diberikan atas alasan yang sah

Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memberitahu wakil dari Bar Malaysia semalam bahawa beliau tidak akan mencontohi pendahulunya dalam hanya memberi penangguhan dalam kes-kes yang melibatkan “death or near death.”

Menurut Presiden Bar Malaysia, George Varughese, Malanjum berkata dalam pertemuan dengan badan peguam bahawa penangguhan kes kini boleh diberikan sekiranya ada alasan yang sah untuk berbuat demikian.

"Kami membangkitkan isu permohonan penangguhan kes hanya dibenarkan jika ia melibatkan '“death or near death.” seperti yang diamalkan oleh ketua hakim sebelumnya (Md Raus Sharif), sama ada ia masih diteruskan.

"Ketua hakim berkata ia tidak lagi menjadi dasar mahkamah.

"Malanjum seterusnya memberi jaminan kepada Bar bahawa penangguhan akan diberikan sekiranya ada sebab yang wajar dan munasabah untuk memohon penangguhan itu," katanya kepada Malaysiakini.

Varughese juga menyatakan bahawa Malanjum bersetuju untuk mengadakan pertemuan yang lebih kerap dengan wakil-wakil Bar - kira-kira sekali setiap dua bulan - untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perundangan.

"Bar Malaysia sangat gembira dengan proses perundingan itu yang dimulakan oleh ketua hakim.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS