Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pembangkang Johor Datuk Hasni Mohammad mendakwa kerajaan negeri itu tidak serius dalam soal mengiktiraf peranan pembangkang.

Beliau mendakwa kerajaan negeri tidak akan mengikut janji menifesto Pakatan Harapan iaitu untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa kira-kira awam (PAC) negeri itu.

"Ketika saya tanya setiausaha pejabat speaker sama ada kami akan diperuntukkan jawatan pengerusi PAC, beliau menjawab tidak.

"Mereka tidak serius dalam mengiktiraf pembangkang dalam usaha membangunkan negeri," katanya kepada Malaysiakini.

Hasni yang juga ADUN Benut juga mendakwa ketua pembangkang tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Ini kerana beliau hanya diperuntukkan elaun RM1,000 sebulan dan pejabat tetapi tanpa kakitangan, dakwanya lagi.

Dalam manifestonya, HARAPAN berkata ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan diberi status menyamai menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS