Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin berehat, jalani rawatan selepas dibedah

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, Khamis lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini, Muhyiddin kini berehat dan bercuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan. Beliau dijangka kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

"Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa yang tidak putus-putus diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin," menurut kenyataan itu.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS