Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kes mati dalam tahanan, tukar beban pembuktian'

Beban pembuktian perlu ditukar dalam kes kematian tahanan, gesa Teoh Lee Lan, adik perempuan kepada mangsa kes kematian dalam tahanan Teoh Beng Hock.

Ini bermakna bagi kes-kes kematian pada masa depan, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan melangkaui keraguan munasabah bahawa tertuduh bertanggungjawab terhadap kematian itu untuk mendapatkan sabitan terhadap tertuduh berkenaan.

Sebaliknya, pegawai yang bertanggungjawab terhadap tahanan perlu menjelaskan kematian dan membuktikan tiada sebarang salah laku berlaku.

"Selama tempoh sembilan tahun yang lalu di mahkamah, kami dan malahan ahli keluarga kami juga perlu memberi keterangan terhadap penyiasat yang menyiasat kes itu, tetapi kami fikir: Apa yang penting mengenai kenyataan kami? Kami tidak berada di situ ketika kejadian tersebut terjadi.

'Ubah sistem sekarang'

"Dalam kebanyakan kes kematian tahanan, beban bukti berada di bahu pihak pendakwaan. Mereka perlu mencari bukti - dalam kes Beng Hock - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan sesuatu pada Beng Hock. Tetapi, ini tidak sepatutnya menjadi kaedah. Kita perlu mengubah sistem sekarang.

"Kita perlu menukar beban bukti dengan cara lain. Bagi kes kematian dalam tahanan, kami berharap beban bukti perlu ditukar kepada orang yang menjaga saksi dan suspek kerana mereka ialah orang yang menjaga saksi pada masa itu.

"Jadi, jika ada sesuatu yang berlaku kepada saksi atau suspek, mereka perlu menjelaskan dan membuktikan mereka tidak bersalah. Jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak bersalah, maka mereka dianggap bertanggungjawab terhadap kes itu, "katanya.

Beliau bercakap pada suatu forum di Kuala Lumpur malam tadi selepas tayangan filem memperingati ulang tahun kesembilan kematian adiknya.

Beng Hock ditemui mati di ibu pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai 2009, selepas jatuh dari tingkat 14 bangunan itu.

Ketika meninggal dunia, mendiang berusia 30 tahun dan berkhidmat di Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. Beliau dibawa ke ibu pejabat SPRM Selangor untuk disoal siasat sebagai saksi dan ditahan di sana semalaman.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbuka koroner berhubung kematian Teoh dan memutuskan bahawa Teoh mati kerana terjatuh yang kemungkinan disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuklah pegawai SPRM.

Mahkamah mengarahkan polis menyiasat kematian itu, bagaimanapun Pejabat Peguam Negara menemui tiada unsur jenayah dalam kematiannya.

Selepas Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada Mei lalu, kabinet bersetuju untuk membuka semula kes tersebut.

Ramkarpal Singh (gambar, atas), peguam keluarga Beng Hock berkata beliau sudah menghantar surat kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi memohon diadakan pertemuan untuk membincangkan perkara itu.

Beliau berkata surat tersebut telah dihantar secara terus kepada peguam negara Isnin lalu dan pihaknya diberitahu untuk menyediakan maklumat lanjut.

"Kami akan buat semua itu. Apabila selesai, kami harap dapat adakan pertemuan bersama dengan keluarga juga," katanya kepada pemberita selepas forum tersebut.

Beliau berharap pertemuan itu dijangka dapat berlangsung dalam masa dua minggu lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS