Lepas 15 tahun, kembalinya sang doktor ke Dewan
Diterbitkan: Jul 16, 2018 1:29 PM | Dikemas kini: Jul 16, 2018 1:30 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia paling tua mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen.
Mahathir, 93, hari ini menjejakkan kaki semula ke Dewan Rakyat, yang ditinggalkannya pada November 2003.
Beliau 15 tahun lalu menjadi anggota parlimen Kubang Pasu yang mewakili BN.
Mahathir bersara kali pertama selepas menyerahkan kepimpinan negara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir bagaimanapun kini kembali sebagai pemimpin Pakatan Harapan, selepas menumbangkan parti lamanya dalam pilihan raya umum Mei lalu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.