Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tangkap 99 orang dalam serbuan kelab malam
Diterbitkan:  Jul 16, 2018 2:11 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Polis menahan 99 orang di beberapa pusat hiburan di Cheras malam tadi kerana disyaki terlibat dengan berbagai kesalahan berkaitan dadah.

Pemangku Ketua Polis Cheras, Kamal Khan Mohd Shariff berkata pihak berkuasa memeriksa 134 orang pelanggan di pusat karaoke dan kelab malam dalam operasi yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Menurut Kamal, tahanan - 63 lelaki dan 36 wanita berumur antara 18 ke 40 tahun - diuji positif methamphetamine dan ketamin.

Di salah sebuah kelab malam, polis menemui 211.6g serbuk ekstasi, 32 pil ekstasi, 192 kanabis, 6.7g ketamin dan 30 pil Erimin disimpan di dalam pembesar suara.

Bagaimanapun, polis masih mengesan pemilik dadah berkenaan.

Menurut Kamal, pihak berkuasa telah menyerbu premis yang sama sebanyak empat kali dalam masa empat tahun. Kelab malam itu telah ditutup tahun ini tetapi dibuka semula bulan lalu di bawah pengurusan barun.

"Semua tangkapan adalah dari maklumat orang awam.

"Pihak polis akan sentiasa membuat risikan dan pemantauan bagi memastikan pusat pusat hiburan di sekitar ibu kota tidak menjadi sarang pengedaran dadah," katanya dalam suatu kenyataan media hari ini.

Lihat Komen
ADS