Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Konflik meruncing kerana kegagalan pemimpin Islam
Diterbitkan:  Jul 16, 2018 6:49 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Kegagalan pemimpin Islam menyelesaikan konflik di negara-negara Islam seperti di Timur Tengah akan menjadikan keadaan bertambah meruncing.

Profesor Agama, Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengajian Islam, Georgetown University, Amerika Syarikat Dr John Louis Esposito berkata seringkali pemimpin ini bertindak tidak seperti yang mereka cakap.

“Ini akan menjadikan keadaan bertambah buruk hari ini, tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan isu Palestin kecuali benar-benar ada tekanan dari sebilangan besar negara-negara Islam dan membentuk sekumpulan negara yang kuat” kata beliau.

Belau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Dunia Kelima Mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam (WCIT 2018), di Ipoh hari ini.

Bertemakan “Menjamin Masa Depan”, persidangan tiga hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah. Lebih 20 tokoh tempatan dan antarabangsa akan menghadiri persidangan tersebut.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan akan merasmikan persidangan itu dan menyampaikan titah ucapan diraja pada17 Julai sementara Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan menutup persidangan tersebut.

Esposito yang juga Pengarah Pengasas Prince Alwaleed Talal Centre for Muslim-Christian di Georgetown University menarik perhatian bahawa negara-negara Islam perlu bersatu dan menunjukkan solidariti di kalangan mereka untuk menyelesaikan sebarang masalah melibatkan anggota mereka.

Beliau menegaskan bahawa keperluan utama dan terpenting yang perlu dilakukan ialah menumpukan kepada setiap masalah sebelum merancang langkah seterusnya untuk menangani konflik.

"Saya fikir perlu ada usaha bersungguh-sungguh melibatkan sebilangan besar negara-negara Islam, seperti Palestin tidak hanya bercakap tetapi perlu melakukan sesuatu untuk menanganinya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS