Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: K'jaan Kelantan akan perincikan penggunaan wang royalti

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan membutirkan secara terperinci berhubung penggunaan wang royalti minyak dalam usaha memperkasakan ekonomi penduduk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata sebagai contoh, wang royalti minyak tersebut dapat digunakan untuk menambah baik Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar syiar Islam terus terpelihara di negeri ini.

"Di samping itu, kita juga tahu bahawa infrastruktur sesuatu yang amat penting untuk rakyat terutama bagi menyokong usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah sempena Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di Kota Bharu, hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan Husam Musa menyarankan kerajaan negeri membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

-Bernama

Lihat Komen
ADS