Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Banting dihadapkan di Mahkamah Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh seorang pembantu tadbir kolej sama, Rabu lepas.

Abdul 'Azhim Mohamad, 28, didakwa menyebabkan kematian Zaimah Mahmod, 57, di kolej berkenaan di Jalan Sultan Abdul Samad antara 1.30 tengah hari dan 3 petang pada 11 Julai lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan Abdul 'Azhim dipercayai menikam menggunakan pisau dan mencekiknya sebelum menelefon polis untuk memberitahu dia telah membunuh wanita berkenaan.

Polis menemui mayat wanita itu bersama Abdul 'Azhim di dalam stor pejabat pentadbiran kolej itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS