Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Polis akan merakamkan kenyataan daripada penganjur demonstrasi yang diadakan hari ini berhampiran Bukit Aman.

Bantahan anjuran Pemantau Baru, sebuah NGO pro-Umno itu dikatakan sebagai menunjukkan solidariti dan memberi sokongan moral Yang di-Pertuan Agong berikutan serangan yang dikatakan terhadap monarki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata polis akan memanggil penganjur dalam masa terdekat dan pihak berkuasa telah mengenal pasti saksi bagi membantu siasatan.

"Kami akan merekodkan keterangan daripada pihak penganjur berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadap mereka. Mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, bercakap kepada wartawan di balai polis Bukit Jalil, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang kerana penganjur gagal memberikan notis sepuluh hari.

"Mereka sepatutnya memberi notis kepada polis 10 hari sebelum perhimpunan yang dirancang, jadi polis akan menyiasatnya di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman."

Mazlan berkata polis berjaya mengawal peserta perhimpunan yang terdiri daripada kira-kira 60 orang itu.

Peserta demonstrasi gagal berarak ke Parlimen kerana polis telah menyekat mereka berhampiran Bukit Aman dari terus berarak ke hadapan.

Peserta bantahan bersurai pada kira-kira jam 10.30 pagi tanpa kejadian yang tidak diingini.

Lihat Komen
ADS