Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Orang kanan Zahid antara pengarah baru Utusan
Diterbitkan:  Jul 17, 2018 6:40 PM
Dikemaskini: 11:29 AM

Orang kanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi antara anggota baru yang dilantik dalam lembaga pengarah Utusan Melayu (Malaysia).

Setiausaha akhbar Zahid, Datuk Dr Ibrahim Yahaya, dilantik bersama tiga lagi pihak – Datuk Mohd Azmi Othman, Wan Zalizan Wan Jusoh dan Datuk Ahmad Fauzi Zahari – yang masing-masing memiliki kelayakan dan pengalaman dalam bidang korporat.

Menurut Utusan Malaysia, pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata pelantikan mereka bagi mengisi komposisi anggota lembaga yang kini diisi beliau, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Noordin Abbas dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Ibrahim, 58, memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2015) dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama serta penasihat media menteri penerangan.

Mohd Azmi, 50, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Teknolologi Mara, merupakan rakan kongsi utama firma guaman Tetuan Azmi Hisham & Co.

Wan Zalizan, 48, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat, pernah memegang jawatan ketua eksekutif Menteri Besar Incorporated (Terengganu).

Ahmad Fauzi, 55, memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Boise State University, Idaho, Amerika Syarikat dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Teknology Park Malaysia.

Lihat Komen
ADS