Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri: Anak Najib ke Rusia bukan ditanggung k'jaan
Diterbitkan:  Jul 17, 2018 8:45 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Lawatan anak bekas perdana menteri, Datuk Nazifuddin Najib ke Russia untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia Ahad lalu bukan dibiayai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kata menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Saya sudah periksa dengan MOM. Dia ke sana atas kapasiti peribadi.

"MOM dan KBS tidak bayar untuk perjalanannya," kata Syed Saddiq di Twitter hari ini.

Nazifuddin adalah setiausaha agung MOM.

Beliau memuat naik beberapa gambar ketika menonton perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia di Stadium Luzhniki, Moscos, di Facebook.

Gambar itu mengundang kritikan pengguna laman sosial yang lain termasuk cef selebriti Datuk Redzuawan ismail atau Cef Wan.


Kehadiran anak Najib di Moscow mencolok mata Chef Wan


Ini kerana Nazifuddin sebelum ini pernah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan kerana membeku akaun milik anggota keluarga Najib yang menurutnya memberikan kesn emosi dan menjejaskan rawatan kanser kakaknya, Puteri Norlisa.

Dalam satu lagi hantaran Facebook semalam, beliau berkata akan ke Jakarta bagi menghadiri Sukan Asia 2018 di Palembang.

Hantaran itu diiringi tanda pagar #IWorkInSport, dipercayai merujuk kepada jawatannya di MOM.

Lihat Komen
ADS