Lebih separuh rakyat Amerika tidak setuju dengan cara Presiden AS Donald Trump mengendalikan hubungan dengan Rusia, demikian menurut tinjauan Reuters/Ipsos yang dilakukan selepas sidang kemuncak kontroversi dan sidang akhbar bersama dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Bagaimanapun, prestasi Trump di sidang kemuncak Helsinki, di mana Trump enggan menyalahkan pemimpin Rusia kerana campur tangan dalam pilihan raya AS 2016 dan menimbulkan keraguan terhadap penemuan agensi perisikan AS, nampaknya tidak memberi kesan terhadap penilaian kelulusan keseluruhannya.

Empat puluh dua peratus daripada pengundi berdaftar berkata mereka meluluskan prestasi Trump di pejabat dalam tinjauan pendapat terbaru, berbanding dengan purata harian antara 40 dan 44 peratus setakat ini pada bulan Julai.

Tinjauan itu mendapati 55 peratus daripada pengundi berdaftar tidak setuju manakala 37 peratus bersetuju dengan caranya mengendalikan hubungan dengan Rusia.

Di kalangan Republikan, 71 peratus bersetuju cara Trump mengenalikan Rusia berbanding 14 peratus Demokrat.

Trump masih mendapat sokongan luas di kalangan pengundi Republikan walaupun kritikan dari pemimpin parti mengenai kata-kata dan tindakannya sambil berdiri di samping pemimpin Rusia itu yang menjawab soalan pemberita, demikian menurut hasil tinjauan itu.

Trump mengejutkan, termasuk penyokongnya ketika memuji pemimpin Rusia semasa sidang akhbar itu ekoran penolakannya yang "kuat" terhadap dakwaan campurtangan itu.

Semalam, Trump cuba menenangkan ribut politik berikutan kenyataannya bahawa dia tersilap cakap dalam sidang media itu dan mempunyai keyakinan penuh terhadap agensi AS. Tetapi dia kelihatan kurang senang dengan skripnya untuk menambah: "Mungkin orang lain juga - ada banyak orang di luar sana."

Sebilangan besar pengundi berdaftar, 59 peratus, bersetuju dengan kesimpulan agensi-agensi perisikan AS bahawa Rusia cuba mempengaruhi pilihan raya AS, demikian menurut hasil tinjauan Reuters/Ipsos.

Tetapi hanya 32 peratus Republikan berpendapat bahawa itu benar, berbanding 84 peratus Demokrat. 38 peratus berkata Rusia adalah musuh.

Tinjauan Reuters/Ipsos juga mendedahkan perpecahan berbeza di kalangan pengundi Parti Republik dan Demokrat sama ada Rusia harus dianggap sebagai musuh Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, 38 peratus daripada pengundi berdaftar bersetuju bahawa Rusia adalah musuh AS. Kira-kira peratusan yang sama menganggap Rusia sebagai "pesaing" manakala lapan peratus mengatakan ia adalah "kawan".

Bagaimanapun, separuh Demokrat berkata ia adalah musuh manakala hanya kira-kira satu dalam tiga Republikan berpendapat sedemikian.

Empat puluh peratus daripada Demokrat menyifatkan Rusia sebagai ancaman yang pasti, sementara hanya 14 peratus daripada Republikan bersetuju.

Secara keseluruhannya, 27 peratus pengundi berdaftar menganggap Rusia sebagai ancaman yang pasti. Hanya Korea Utara mendapat respons yang lebih tinggi mengenai soalan itu, 31 peratus.

Tinjaun itu juga bertanya rakyat Amerika sama ada mereka berpendapat pihak berkuasa akan menemui bukti hubungan haram antara pentadbiran Trump dan Rusia. Majoriti tipis, 51 peratus, berkata kemungkinan besar, sementara 77 peratus Demokrat dan 19 peratus Republikan tidak.

Pemisahan umum yang sama adalah benar apabila ditanya sama ada Trump atau seseorang dari kempennya bekerja dengan Rusia untuk mempengaruhi pilihan raya 2016. Secara keseluruhan, 52 peratus pengundi berdaftar bersetuju.

Tetapi 81 peratus daripada Demokrat berkata ia adalah benar berbanding 19 peratus Republikan.

Undian Reuters / Ipsos mengumpulkan respons daripada 1,011 pengundi berdaftar di seluruh Amerika Syarikat, termasuk 453 Republikan dan 399 Demokrat. Undian itu mempunyai jarak kredibiliti, iaitu ukuran ketepatan, empat mata peratusan. [Baca berita penuh]

- Reuters