Isteri kedua dan seterusnya tidak layak menerima sumbangan RM50 sebulan daripada kerajaan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

“(Isteri) yang lain kita akan timbangkan kemudian apabila kita ada dana melebihi kerana kerajaan dulunya tinggalkan hutang negara (kepada kita),” kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Timbalan perdana menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat hari ini.