Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nurul Izzah: Kenapa BN tak cadangkan calon speaker?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa BN tidak mencadangkan calon speaker mereka sendiri.

"Mengikut peraturan Dewan Rakyat, BN mempunyai hak untuk mencadangkan calon pilihan mereka untuk jawatan speaker tapi mereka tidak berbuat demikian.

"Jika mereka ada nama, kita boleh bincangkan, kita boleh debatkan, atau kita boleh undi seperti yang mereka buat untuk jawatan timbalan speaker.

"Atas dasar itu, ia merupakan isu yang lebih menggusarkan kerana kita memang perlukan nama, jadi kenapa mereka tidak serahkan nama jika mereka begitu mahukan speaker lain," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara, semalam.

Nurul Izzah berkata demikian apabila diminta mengulas percanggahan tempoh pencalonan bekas ketua hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof yang dibuat Pakatan Harapan (HARAPAN).

Anggota parlimen BN dan PAS Isnin lalu keluar dari Dewan Rakyat apabila Setiausaha Dewan Rakyat Rosmee Hamzah berkata pihaknya menerima surat pencalonan Mohamad Ariff daripada HARAPAN pada 2 Julai.

Hanya Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dari kalangan BN yang tidak keluar dewan.

Anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan berkata mereka tidak membantah pelantikan Mohamad Ariff, namun tidak setuju dengan proses pelantikan speaker itu yang didakwa tidak mengikut peraturan yang menetapkan agar nama Mohamad Ariff diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS