Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim tiba di Beijing, jumpa menteri luar China
Diterbitkan:  Jul 18, 2018 6:27 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini menerima sambutan rasmi oleh Menteri Luar China Wang Yi di Beijing.

Menurut laman web kementerian luar negara itu, Wang berkata Malaysia dan China adalah rakan strategik yang telah sama-sama menempuhi pelbagai cabaran.

"Kedua-dua negara baru-baru ini membentuk kerajaan baru. Kedua-dua negara berada dalam titik baru sejarah," katanya.

Beliau berkata, China sanggup membantu dalam pembangunan Malaysia dan meningkatkan kerjasama berkaitan inisiatif "One Belt One Road" bagi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Bagi Daim pula, laman itu memetik bekas menteri kewangan itu sebagai berkata Malaysia menyokong projek "One Belt One Road" oleh Presiden Xi Jinping.

Beliau juga berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang memahami China dan mahu mempercepatkan perbincangan berhubung hubungan dua negara.

Daim merupakan wakil pertama kerajaan baru untuk mengadakan lawatan ke China susulan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU ke-14.

Sebaik saja membentuk kerajaan, pentadbiran Mahathir menghentikan buat sementara waktu beberapa projek mega yang melibatkan syarikat China.

Antaranya adalah projek Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip.

Kerajaan berkata akan berusaha mengurangkan kos ECRL, sebuah projek yang melibatkan pinjaman RM55 bilion dari China.

Kerajaan juga telah mengarahkan kontraktor menghentikan kerja sementara menunggu penilaian semula.

Berkaitan dua projek saluran paip, sebuah syarikat utama China dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram melibatkan kerajaan BN dulu.

Lihat Komen
ADS