Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis masih jejak suami Indira Gandhi lepas 4 tahun
Diterbitkan:  Jul 18, 2018 10:25 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Pihak polis tidak pernah berputus asa menjejak bekas suami M. Indira Gandhi memandangkan waran tangkap telah dikeluarkan sejak empat tahun lalu, meskipun usaha itu belum membuahkan hasil.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Penolang Kanan Pesuruhjaya Yahya Abdul Rahman dalam suatu kenyataan hari ini berkata pengkomitan waran dikieluarkan Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pada 30 Mei 2014, polis terus mencari K Pathmanathan yang nama Muslimnya Muhammad Riduan Abdullah.

"Walaupun kenyataan media telah dikeluarkan sebelum ini untuk mendapatkan kerjasama orang ramai mahupun Pathmanathan A/L Krishnan @ Muhammad Riduan bin Abdullah sendiri menghubungi pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa namun usaha tersebut masih gagal," kata Yahya.

Pada 29 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan membatalkan pertukaran agama tiga orang anak Indira iaitu Tevi Darshiny, 20; Karan Dinesh, 18; dan Prasana Diksa, 9, kepada Islam oleh bekas suaminya pada 2009 tanpa kebenarannya sebagai ibu.

Muhammad Riduan, 47, telah mengambil Prasana, manakala dua lagi saudaranya yang lebih tua tinggal bersama Indira.

Yahya berkata polis juga telah memaklumkan kepada peguam yang mewakili Indira mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menjejak Muhammad Riduan.

Beliau turut menggesa orang awam yang memiliki maklumat mengenai keberadaan Muhammad Riduan untuk menghubungi balai polis terdekat.

Lihat Komen
ADS