Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kastam: SST bukan 16%, kebanyakan barang sifar cukai

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam mengulangi kenyataan Putrajaya bahawa cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang akan diperkenalkan tidak berjumlah 16 peratus.

Jelas Subromaniam, terdapat empat kategori di bawah SST yang bukannya dijumlahkan bersama.

"Kebanyakan barangan adalah 0 peratus cukai, ada beberapa barangan yang lima peratus, dan ada beberapa yang lain 10 peratus.

"Cukai perkhidmatan adalah enam peratus. Bukan dijumlahkan kesemuanya," katanya pada sidang media di Kelana Jaya hari ini.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS