Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dasar 'Pandang Ke Timur' bukan sekadar perdagangan, hubungan dua hala

WAWANCARA | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi isyarat bahawa Malaysia sekali lagi akan "Padang ke Timur" ke arah Jepun, berbanding kerajaan BN sebelum ini yang rapat dengan China.

Mahathir pertama kali mengumumkan dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1981 semasa beliau pertama kali menjadi perdana menteri.

Sekarang, lebih 20 tahun kemudian, Menteri Luar Negeri yang baru Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan bahawa gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana dasar itu akan dilaksanakan kali ini dapat muncul selepas lawatan kedua Mahathir ke Jepun pada akhir bulan depan.

"Saya fikir akan terdapat lebih banyak unsur-unsur konkrit kepada dasar Pandang Ke Timur dan ia bukan hanya mengenai perdagangan atau hubungan dua hala," kata Saifuddin kepada Malaysiakini semasa temubual di pejabatnya di Wisma Putra pada hari Rabu.

Sambil mengakui bahawa kedua-dua aspek itu adalah elemen penting dalam mana-mana inisiatif dasar luar, Saifuddin juga berkata beliau percaya Mahathir sentiasa mempunyai pandangan yang lebih luas tentang bagaimana Malaysia boleh mendapat manfaat daripada meniru budaya Jepun.

"Saya fikir Tun Dr Mahathir, apabila beliau memulakan dasar Pandang Ke Timur ini ketika beliau menjadi perdana menteri sebelum ini, idea utama bukan mengenai hubungan perdagangan atau hubungan dua hala.

"Ini sebenarnya mengenai mempelajari dari pengalaman budaya masyarakat Jepun [...] tentang disiplin mereka, mengenai sifat mereka yang rajin dan etika mereka," kata Saifuddin.

Pada masa yang sama, Saifuddin berkata beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mendedahkan butiran lanjut kerana Mahathir sendiri telah menjadulkan satu lagi lawatan ke Jepun tidak lama lagi, yang kedua sejak memegang jawatan selepas pilihan raya umum 9 Mei.

"Jadi mungkin sama ada semasa lawatan itu atau selepas itu apabila beliau (Mahathir) pulang, akan ada pengumuman mengenai perkara itu," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

"Saya dapat memberi jaminan bahawa akan ada beberapa aktiviti khusus yang akan dapat membantu menterjemahkan apa yang sebenarnya kita maksudkan dengan mempelajari warisan budaya dan tradisi orang Jepun," kata Saifuddin yang juga mengiktiraf Mahathir atas peranannya dalam membentuk satu arah baru untuk rangka kerja dasar luar Malaysia.

Pengaruh China

Berikutan pengumuman awal Mahathir mengenai pemulihan dasar Pandang Ke Timur, pengkritik dan pemerhati menyatakan bahawa langkah itu dapat dilihat sebagai percubaan untuk meremehkan pengaruh China di Malaysia dan seluruh rantau.

Ditanya mengenai komennya, Saifuddin berkata perbincangan antara Malaysia dan Jepun juga akan mengambil kira pengaruh China.

"Di mana-mana Malaysia pergi, dalam mana-mana hubungan dua hala, terutamanya di bahagian rantau ini, Asean sentiasa dalam fikiran kita.

"Oleh itu, apabila kita bercakap dari segi hubungan antara Putrajaya dan Tokyo, kita juga bercakap tentang peranan Jepun, atau kehadiran Jepun di rantau ini," kata Saifuddin.

Menteri itu juga menegaskan bahawa terdapat perkongsian kebimbangan keselamatan antara Jepun dan negara anggota Asean berkaitan arena pengaruh China.

Awal bulan lepas, Mahathir semasa lawatannya ke Jepun bertemu dengan Perdana Menteri Shinzo Abe dan menghadiri beberapa persidangan di mana beliau memperkenalkan ideanya untuk memulihkan dasar Pandang Ke Timur.

Semasa sidang akhbar bersama dengan Abe pada 12 Jun, Mahathir juga mendedahkan beliau telah meminta "kredit yen" dari Jepun dan Jepun akan mengkaji permintaan ini.

Abe pada masa itu juga berkata pembaharuan hubungan Jepun-Malaysia akan melibatkan pembangunan sumber manusia dan pemindahan teknologi.

Khamis lepas, Mahathir menerima kunjungan hormat Menteri Luar Jepun Taro Kono dan Wisma Putra dalam satu kenyataan kemudian berkata kedua-dua negara berharap untuk memngukuhkan hubungan dan memupuk kerjasama yang lebih besar di banyak bidang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS