Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Razlan: Eddie mati, kurang kaki fitnah
Diterbitkan:  Jul 20, 2018 12:29 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Ketika sahabat handainya sedang bersedih, seorang pemimpin muda Umno hari ini mengeluarkan komen keras terhadap kematian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng.

“Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia!

"Kurang lagi kaki fitnah! Aman Malaysia! RIP,” tulis bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii di Twitter.

Naib ketua Umno Seputeh itu menulis demikian sebagai balasan kepada tulisan pemimpin DAP Ong Kian Ming yang mendoakan si mati.

"RIP (bersemadilah dengan aman) komrad dan sahabat.

"Aku akan sentiasa merindui suara gelak tawa dan senyumanmu," tulis Ong dalam bahasa Inggeris.


Baca: Akhirnya Razlan minta maaf


Ng, yang mewakili Pakatan Harapan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Cheras - Kajang awal pagi tadi.

Menurut sumber, media melaporkan, mangsa memandu kereta Nissan X-Trail apabila melanggar belakang sebuah lori di lebuh raya kendalian syarikat Grand Saga Sdn Bhd itu.

Sementara itu, pendapat Razlan itu mendapat reaksi bercampur-campur pengguna maya.

Tweet itu turut mengundang balasan seorang wanita yang mengaku sebagai anak bekas anggota parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismai yang meninggal dunia Februari lalu.

"Mulut jahat eh kau ni Razlan? Rileks sikit boleh tak? Apa beza kau dengan orang yang kutuk bapak aku meninggal hari itu? Kau tau apa aku rasa masa dapat berita ini?

“Berkecai hati aku orang kata bapa aku. Kau tak fikir ke perasaan keluarga si mati tu?" kata Cik Petir.

Beliau memuat naik rakaman skrin perbualan di WhatsApp yang mengkritik bapanya sebagai mati dalam keadaan menyokong pemerintah yang zalim.

Lihat Komen
ADS