Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Datuk Mohd Razlan Rafii menjelaskan beliau tidak berniat untuk menghina mendiang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng yang meninggal dunia awal pagi tadi. 

Malah, menurut bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu, tulisannya di Twitter turut mendoakan agar Eddie Ng Tien Chee bersemadi dengan aman.

"Sebenarnya saya ucapkan selamat macam orang biasa ucap. Tak ada niat nak hina dia. Saya juga harap dia rest in peace (RIP) dalam kematian.

"Bukan nak hina dia selepas meninggal tapi apa dia nyatakan semasa dia hidup berkenaan dia menuduh (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak) dan orang-orang Umno (dengan gelaran) perompak apa semua, sedangkan benda itu tak ada kesahihan.

"Kemudian saya ucapkan semoga dia tenang di sana (RIP)," kata Razlan ketika dihubungi Malaysiakini.


Baca: Akhirnya Razlan minta maaf


Razlan hari ini mengeluarkan komen keras terhadap kematian Eddie Ng dengan menulis: "Matinya seorang yang suka fitnah dan hati busuk kepada Rakyat Malaysia! Kurang lagi kaki fitnah! Aman Malaysia! RIP.”

Bagaimanapun, Razlan yang kini merupakan naib ketua Umno bahagian Seputeh menegaskan tulisan di Twitternya itu merupakan pandangan peribadi serta tidak mewakili parti.

Selain itu, ditanya sama ada beliau akan memadamkan tulisan tersebut, Razlan sekali lagi menegaskan tulisannya tidak menghina mendiang berbanding yang dilakukan bekas anggota parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Jeff Ooi pada 2016 menulis “Adios (selamat jalan) Haron Din. Let there be peace” di Twitternya mengenai kematian bekas mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din.

"Kita kena tahu, DAP tak pernah nak hormati orang lain. (Contohnya) Jeff Ooi menghina Haron Din semasa beliau meninggal. Dia kata tak hina tapi kenyataan dia orang tahu, dengan pandangan dia itu.

"(Ketika itu) pemimpin DAP tak kutuk Jeff Ooi. Saya tak cakap pun adios macam Jeff Ooi. Saya cakap RIP, semoga dia tenang di sana walaupun kita tahu dia buat macam-macam pada orang Umno, tuduh orang Umno perompak tetapi saya ucapkan RIP," kata Razlan lagi.

Lihat Komen
ADS