Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi pun boleh tanding jawatan presiden, kata MB S'gor

PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan parti, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Tidak ada apa-apa halangan (untuk sesiapa nak bertanding),” katanya kepada pemberita di Sungai Kandis hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa Datuk Seri Mohamad Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Ketika ditanya kemungkinan bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli akan bertanding jawatan presiden, Amirudin berkata; “Rafizi pun boleh tanding presiden kalau dia nak”.

Masing-masing Azmin dan Rafizi belum mengesahkan akan bertanding mana-mana jawatan pada pemilihan parti itu hujung Ogos ini.

Perbalahan antara pasukan Azmin dan Rafizi telah menjadi isu utama politik dalaman PKR sejak 2014.

Di sebalik persaingan itu, Amirudin percaya ia tidak akan menjejaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang bermula esok.

“Ramai orang kata PKR banyak perbezaan, kadangkala agak keras, tajam. Tapi Kita buktikan ia tidak menghalang kita ketika pilihan raya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS