Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni 47, menafikan beliau melobi diri sendiri bagi menjadi calon.

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun itu berkata namanya dicadangkan sebelum diaju ke pemimpin PKR.

“Saya tak pernah melobi. Kawan-kawan la yang cadangkan kepada pihak berkenaan (pemimpin PKR),” katanya kepada pemberita di Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat, Sungai Kandis, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya kerana dipilih untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, beliau berkata ia adalah perkara biasa dalam politik.

“Dalam perjumpaan akhir semalam, mereka menyokong, pasal siapa pun yang dipilih mereka akan sokong,” katanya.

Sebelum ini muncul beberapa nama bagi kerusi tersebut, bagaimanapun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menamakan Zawawi sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN), malam tadi.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menafikan beliau menolak mana-mana nama.

“Saya tak ada calon siapa-siapa calon, saya hanya hadir mesyuarat biro politik negeri, pusat untuk utarakan pendapat saya,” katanya.

Penamaan calon bermula esok manakala hari pengundian pada 4 Ogos.

Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian bekas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei awal bulan lalu akibat kanser limfoma.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, Shuhaimi, yang mewakili PKR, mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi.

Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS