Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki ditahan ceroboh kawasan istana Bukit Serene
Diterbitkan:  Jul 21, 2018 6:18 AM
Dikemaskini: Jul 21, 2018 1:24 AM

Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan selepas menceroboh Istana Bukit Serene di sini dengan memandu sebuah kereta pacuan empat roda ke dalam kawasan istana, kelmarin

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata semasa kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu suspek memandu masuk dengan kenderaan jenis Toyota Hilux ke dalam kawasan istana sebelum berjaya ditahan.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau, bagaimanapun, tidak menyatakan motif sebenar suspek.

Beliau berkata sembilan insiden pencerobohan di kawasan istana di negeri ini direkodkan sejak tahun lepas hingga kelmarin.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menceroboh kawasan-kawasan larangan.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS