Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Debat secara langsung calon PKR, BN di Astro AWANI
Diterbitkan:  Jul 21, 2018 11:00 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

'Debat Sungai Kandis' akan diadakan tidak lama lagi antara calon PKR dan BN.

Menuru satu laporan, debat secara langsung itu anjuran Astro AWANI akan disiarkan di 501 AWANI dan www.astroawani.com/live-tv.

Menurut Astro AWANI, dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri 49 Sungai Kandis telah memberi persetujuan untuk bertemu dalam Debat Sungai Kandis.

Calon Barisan Nasional, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menyatakan persetujuan itu selepas ditemui wartawan Astro AWANI pada pengumuman calon BN oleh Timbalan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni turut bersetuju untuk bertemu dalam acara debat ini.

PRK Sungai Kandis bakal diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50 tahun, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

 

Lihat Komen
ADS