Paling Popular
Terkini

Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong atau sebaliknya.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya akan memikirkan sama ada sesuai untuk BN bertanding dan siapakah yang bakal bertanding nanti.

“Kalau BN bertanding, (kita akan fikir) parti komponen mana yang kita akan bagi peluang bertanding,” katanya ditemui pada hari penamaan calon PRK DUN Balakong di Shah Alam, hari ini.

PRK DUN Balakong diadakan susulan penyandangnya, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan, tengah malam Khamis lalu.

Dalam nahas kira-kira jam 12.40 tengah malam, kenderaan jenis X-Trail dipandu Tien Chee dipercayai terlanggar belakang sebuah lori yang sedang menjalankan penyelenggaraan dan pembersihan di lebuh raya berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Chee berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.

Lihat Komen
ADS