Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekolah pondok Kadir Al-Jaafar perlu daftar dengan JAIPK
Diterbitkan:  Jul 21, 2018 2:55 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Pengurusan Pondok Kadir Al-Jaafar di Gopeng diminta mendaftarkan pusat pengajian itu dengan Jabatan Agama Islam Perak (JaipK) bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalurkan mengikut status sebenar operasi pusat berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak Asmuni Awi berkata kegagalan pusat pengajian itu mendaftar dengan JaipK menyebabkan ia sukar menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Selain itu, Asmuni berkata pihaknya telah menasihatkan pihak pengurusan supaya berpindah ke tapak yang sesuai namun mereka enggan berbuat demikian walaupun kerajaan terdahulu pernah mendapatkan tanah sesuai.

"Jadi, ini merupakan satu masalah yang mereka perlu selesaikan kerana kawasan yang mereka duduki itu merupakan tanah hak milik kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman di sini hari ini.

Pada 27 Jun lepas, kira-kira 100 penguat kuasa dari JaipK, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Jabatan Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Antidadah Kebangsaan dan polis menyerbu pusat pengajian berkenaan ketika pelajar sedang mengikuti kuliah.

Serbuan itu dilakukan dipercayai apabila pusat pengajian yang didirikan sejak 2010 beroperasi di atas tanah bukan milik pengusahanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS