Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais Yatim syor sebati UEC, SPM, STPM
Diterbitkan:  Jul 21, 2018 4:23 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim hari ini mencadangkan agar Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) wajib 'disebati' dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Menurut anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan hasrat perpaduan nasional melalui pendidikan dapat dicapai.

“UEC demi kenegaraan Malaysia wajib sebati dengan SPM dan STPM, tidak berasingan.

“Bila ada sijil NGO swasta dan sijil kebangsaan berasingan, perpaduan nasional melalui pendidikan tidak akan tercapai,” kata Rais di dalam Twitternya.

Malah, dalam tulisannya itu, bekas menteri kabinet itu turut mempertikaikan tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berdiam diri berhubung isu ini.

Manifesto HARAPAN

“Hairan kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka berdiam diri?" Soal Rais.

Membenarkan pemegang sijil UEC untuk memasuki universiti awam di negara ini merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan.

Pelajar yang mempunyai sijil UEC hanya dapat memasuki universiti awam sekiranya mendapat kredit untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam SPM.

Pada awal bulan ini juga, Rais yang merupakan budayawan serta pengamal undang-undang berkata, pengiktirafan UEC memerlukan penelitian mendalam di samping mengambil kira kepentingan kaum majoriti di negara ini iaitu Melayu.

Malah, katanya kerajaan juga perlu mengambil kira pandangan Majlis Raja-raja terhadap implikasi pengiktirafan UEC terhadap Bahasa Melayu, agama Islam, adat istiadat Melayu serta keutuhan konsep adat perisytiharan Malaysia.

Lihat Komen
ADS