Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Umno sekarang tak cukup samseng lagi prof?'
Diterbitkan:  Jul 22, 2018 12:12 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Saranan seorang profesor supaya pembangkang, khususnya Umno, berpolitik dengan lebih 'samseng' disambut dengan sinis oleh bekas pengarang kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Menggunakan pertanyaan Mustapha Kamil berkata apakah ketika ini Umno belum cukup samseng dalam tindak-tanduknya.

"Nak jadi samseng macam mano lagi bos?" katanya yang menulis hantaran di Facebook menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Untuk rekod Mustapha Kamil ialah orang Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut bekas pengarang Business Times itu lagi, adakah Umno searan perlu bertindak sehingga melontar bom buatan sendiri untuk mencapai tahap yang dibayangkan profesor terbabit.

Pada 19 Julai lalu Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam mencadangkan Umno supaya mengubah pendekatan mereka semasa berdepan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

Kata anggota Majlis Profesor Negara yang sudah dibubarkan itu, Umno tidak sesuai lagi mengambil kaedah lembut dan tertib walaupun itu menunjukkan parti terbabit "bertamadun".

Elok potong getah

“Gunakan isu yang ada sekarang untuk bangkang dan bangkitkan Umno.

"Kerja Umno sekarang adalah bangkang, ada banyak isu boleh bangkang.

“Puteri dan Wanita misalnya boleh tegur janji 100 hari kerajaan. Beri kenyataan pedas-pedas," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Ramlah berkata demikian pada majlis Wacana Sinar Harian di Shah Alam.

Menjadi salah seorang panel pada wacana tersebut, Ramlah juga memuji calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Kandis.

"(Anggota Umno) yang lantang, Datuk Lokman Noor Adam saja. Yang lain tiada," katanya.


Baca 'Tarzan pun nak jadi ketua Pemuda Umno'


Menurut Ramlah antara isu yang perlu dibangkitkan dengan lebih agresif oleh Umno ialah mengenai janji 100 hari Pakatan Harapan.

Turut sepentas bersama Ramlah ialah Ketua Wanita Umno Datuk Noraini dan Naib Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi.

Menurut Mustapha Kamil tidak wajar untuk seorang ahli akademik memberikan pandangan sedemikian selepas beberapa kejadian ganas sebelum ini sudah dikaitkan dengan Umno.

"Poie motong gotah lagi baik la prof. Buek ponek jo belaja tinggi-tinggi (pergi memotong getah lebih baik, prof. Buat penat saja belajar tinggi-tinggi)," katanya.

Lihat Komen
ADS