Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS dan Umno seperti ‘adik beradik’ dalam meletakkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, sebagai suatu tanggapan yang baik.

Beliau berkata, tidak salah untuk mereka mencapai kata sepakat demi kebaikan dan yang penting adalah kebersamaan demi masa depan negara, bangsa dan agama supaya tiada sesiapa rugi kerana ego sendiri.

“Itu namanya adik beradik, siapa patut beralah dia akan beralah. Tetapi beralah kerana mencari kebaikan bukan kerana sesuatu yang tidak baik. Kita perlu meneroka pemikiran politik baharu yang tidak menyebabkan berpecah belah kerana ini boleh menyebabkan rakyat kucar-kacir dan negara kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Al Ammar di Kompleks Al Ammar, Kampung Kanchong, Rantau di Rembau, hari ini oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata rundingan dengan PAS supaya menghantar seorang sahaja calon dari parti pembangkang adalah konsep pemikiran baharu yang cuba dilakukan Umno.

- Bernama

Lihat Komen
ADS