Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum mengulas mengenai laporan polis berkaitan tandangan afidavit berkaitan satu saman terhadapnya.

“Saya tak tahu, saya perlu periksa dulu.

“Tetapi, perkara itu telah ditolak oleh mahkamah kerana ia tidak relevan,” kata Najib kepada pemberita di parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain mempersoalkan bagaimana bekas perdana menteri menandatangani afidavit bertarikh 7 Mei di Putrajaya sedangkan beliau dilaporkan berada di Sabah.


Baca: 'Bagaimana Najib tandatangan afidavit di Putrajaya ketika ada di Sabah?'


Mat Zain membuat laporan bertarikh 27 Jun berhubung perkara itu dan mengemukakannya kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab yang telah membatalkan samannya terhadap Najib 6 Julai lalu.