Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Walaupun sibuk di Parlimen, namun Datuk Seri Najib Razak turut meluangkan masa untuk menghadiri 'kejutan' sempena sambutan hari lahirnya ke-65 hari ini.

Sambutan sederhana itu dihadiri oleh isterinya Rosmah Mansor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa anggota parlimen BN.

Turut serta dalam acara itu juga ialah pelakon dan pengarah Ellie Suriati Omar serta bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin.

Sebuah kek dengan logo 1Malaysia serta tulisan “Thank You Sir Datuk Seri Najib Razak” juga dihidangkan.

Sebelum acara memotong kek, hadirin terlebih dahulu menyanyikan lagu 'Selamat hari lahir' kepada Najib.

Rosmah kemudian turut menyuapkan sepotong kek kepada Najib.

Selepas itu, Najib kemudian didendangkan dengan sebuah lagu serta muzik video yang bertajuk 'TQ Sir' yang dihasilkan bagi menghargai jasa bekas perdana menteri berkenaan.

"Saya tak sangka ada sebuah video dengan seni kata yang mencuit hati saya.

“Saya anggap ini sebagai satu usaha bukan bagi diri saya tetap pengiktirafan atas segala yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini terutamanya Dasar Transformasi Nasional," kata Najib ketika diminta memberikan ucapan sempena sambutan hari lahir anjuran syarikat produksi Metamorphosis Global Studi Sdn Bhd itu.

Rosmah: Seluruh keluarga saya Najib

Bagi Rosmah pula, beliau pula memberitahu bahawa seluruh ahli keluarganya amat menyayangi Najib serta menegaskan bahawa beliau merupakan seorang lelaki yang jujur.

"Saya ucapkan agar semua yang terbaik untuk dirinya dan untuk keluarga kami juga.

"Saya juga mahu anda semua tahu bahawa keluarganya amat menyayangi beliau dan dia adalah seorang lelaki yang sangat jujur dan dia berada di jalan yang betul," ujar Rosmah.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis Pahang dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein serta Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Lihat Komen
ADS