Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hakim ingatkan Jamal - mahkamah bukan kedai kopi

Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menegur Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos supaya tidak menjadikan mahkamah sebagai kedai kopi.

Ini susulan jawapan Jamal, ketika ditanya semasa pemeriksaan balas oleh peguamnya, Mohamed Nasir Yusof, bahawa dia telah melakukan pencarian dengan Pendaftar Pertubuhan dan Pendaftar Syarikat (istilah tepat adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia) mengenai status BERSIH 2.0 dan tidak menemui sebarang maklumat.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab memberitahu Jamal: "Mahkamah ini bukan seperti kedai kopi sendiri.

"Mana keputusan carian kamu? Ini bukti dalam mahkamah atau luar mahkamah? Ingat, ini adalah mahkamah dan bukan kedai kopi."

Susulan teguran itu, Jamal tergaman dan dalam jawapan kepada peguamnya berkata maklumat itu berdasarkan ingatannya .

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu memberi keterangan dalam saman fitnah terhadapnya oleh bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, yang kini adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, atas kenyataannya bahawa himpunan BERSIH 5 yang dianjurkan dua tahun lalu, diresapi unsur-unsur Negara Islam (IS) dan Daesh.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N Surendran, Jamal mengekalkan apa yang dinyatakan dalam kenyataan saksinya, bahawa suami Maria, Allahyarham Yunos Lebai Ali terlibat dalam pengeboman sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1972 Yunos adalah seorang pelajar di Universiti Malaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS