Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Wan Azizah kekal TPM hingga Anwar kembali ke parlimen'

Persoalan timbul berhubung status Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri sekiranya beliau berundur sebagai presiden PKR untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan tertinggi parti dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata isu itu hanya timbul sekiranya Anwar kembali menjadi anggota parlimen.

Jika ia terjadi, katanya, Anwar perlu membuat keputusan peranan apa yang ingin dipegangnya dalam kerajaan.

"Anwar perlu membuat keputusan sama ada mahu jadi backbencher atau mahu menjadi timbalan perdana menteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dan kemudian seterusnya mengambil alih sebagai perdana menteri.

"Sekiranya beliau berada di dalam kabinet, tidak elok jika kedua-duanya Anwar dan Dr Wan Azizah berada di dalam kabinet," katanya kepada Malaysiakini.

Ketika menjadi timbalan perdana menteri untuk Dr Mahathir sebelum ini, ia tidak berkesudahan baik bagi Anwar. Beliau dipecat dan kemudian di dakwa di mahkamah atas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar mendakwa tuduhan itu direka Dr Mahathir dan bermotifkan politik.

Bagaiamanapun, kedua-dua pemimpin itu dilihat berdamai semula yang seterusnya menyaksikan Dr Mahathir menjadi perdana menteri semula selepas memenangi pilihan raya pada 9 Mei lalu dan berjanji akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Dua minggu lalu, Anwar mengesahkan beliau akan bertanding jawatan presiden PKR. Dr Wan Azizah kemudian menyatakan kesediaan untuk berundur bagi memberi laluan kepada suaminya.

Sementara itu, Afif berkata Dr Wan Azizah kekal sebagai timbalan perdana menteri sehingga suaminya kembali ke parlimen selari dengan mandat rakyat untuk Pakatan Harapan yang berjanji untuk meletakkannya sebagai pemimpin nombor dua negara.

Afif bagaimanapun enggan mengulas bila Anwar akan kembali ke parlimen.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS