Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR pecat, gantung ahli kes disiplin PRU14
Diterbitkan:  Jul 23, 2018 10:44 PM
Dikemaskini: 4:12 PM

PKR memecat dan menggantung keahlian anggota partinya berhubung beberapa kes aduan berkaitan tatatertib dan disiplin semasa pilihan raya ke-14 (PRU14).

"Lembaga Disiplin PKR telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes aduan berkaitan tatatertib dan disiplin anggota parti semasa pilihan raya Ke-14.

"Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat biro politik bertarikh 10hb Julai 2018 yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR dan dihadiri anggota-anggota biro politik yang lain," maklum PKR dalam suatu kenyataan malam ini yang ditandatangani Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata PKR memandang cukup serius sebarang tindakan dan salahlaku anggota partinya.

"PKR memandang cukup serius sebarang tindakan dan salahlaku anggota parti yang melanggar keputusan parti, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang memburukkan nama PKR.

"Dengan keputusan ini, semua nama yang dinyatakan ... adalah tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti di semua peringkat.

Mereka yang dinamakan ... boleh membuat rayuan kepada pihak Majlis Pimpinan Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan ini, di bawah Fasal 42 Perlembagaan parti," kata kenyataan itu.

Berikut adalah nama-nama yang disebut dalam kenyataan tersebut yang berdasarkan, "keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biro Politik," parti itu:

1. Ketua Cabang Tapah
(Audanan Talib)
- Digantung 2 tahun

2. Ketua Cabang Lenggong
(Id Azalan Shah Bin Banyamin)
- Digantung 2 tahun

3. Ketua Cabang Gerik
(Meja Kaha Bin Hj Othman)
- Digantung 2 tahun

4. Ketua Cabang Parit
(Kapt (B) Usaili Alias)
- Digantung 2 tahun

5. Ketua Cabang Kuala Kangsar
(Mohd Khair Bin Mohd Zainal)
- Digantung 2 tahun

6. Ketua Cabang Pasir Salak
(Noor Azwan Bin Ramli)
- Dipecat

7. Ketua Cabang Pdg Rengas
(Hj Alias Bin Ibrahim)
- Amaran Keras

8. Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan
(Shanmugam Marimuthu)
- Digantung 2 tahun

Lihat Komen
ADS