Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: K'jaan tak cadang beri lesen judi pada syarikat Vincent Tan
Diterbitkan:  Jul 23, 2018 11:09 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

PARLIMEN | Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan kerajaan tiada perancangan untuk kembali meluluskan lesen perjudian sukan kepada syarikat milik Tan Sri Vincent Tan, Ascot Sports Sdn Bhd.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata demikian dalam jawapan bertulis untuk soalan oleh Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau).

"Kerajaan tidak berniat dan merancang untuk meluluskan sebarang lesen bagi aktiviti perjudian pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, ataupun kepada mana-mana operator bagi menjalankan aktiviti ini," katanya.

Tan dilihat ramai sebagai orang yang rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moahamd. syarikatnya Berjaya Corporations Bhd memiliki 70 peratus saham Ascot.

Lim berkata lagi, kementerian kewangan ketika pentadbiran BN pernah mengeluarkan lesen pertaruhan kepada Ascot pada 13 Januari 2010 tetapi menarik baliknya pada 5 Oktober tahun sama.

"Deposit yang dikemukakan oleh Ascot sebanyak RM10 juta dalam bentuk bank guarantee pada 6 April 2010 juga telah dipulangkan secara keseluruhan pada 5 Oktober itu," katanya lagi.

Pada 2010, perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pengeluaran lesen itu dan berkata ia bagi menangani kegiatan perjudian haram.

Keputusan itu mengundang kecaman dan kelulusan itu ditarik semula selepas keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Lihat Komen
ADS