Noh: Jumlah polis terbunuh ketika bertugas kecil
Empat anggota polis terbunuh dan 17 yang lain cedera ketika menjalankan tugas dalam tempoh empat tahun lalu, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar.
Berikutan itu, katanya, semua anggota polis dibekalkan dengan baju kalis peluru ketika menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan mereka.

"Kereta peronda polis juga dipasang cermin kalis peluru untuk tujuan sama," katanya dalam soal jawab di parlimen hari ini.
Beliau berkaata, anggota polis diberi latihan khas untuk menjalankan operasi selain memastikan keberkesanan dan menjaga keselamatan mereka.
Menjawab soalan Razali Ibrahim Noh (BN-Muar), Noh berkata, kerajaan mengambil berat kebajikan keluarga anggota polis yang terbunuh termasuk menjadikan mereka anak angkat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, keluarga terbabit menerima pampasan RM20,000 dari Tabung Amanah Perwira Negara, RM10,000 dari insuran koperasi Polis serta pencen.
Beliau juga berkata, tahap kecekapan anggota PDRM mencapai paras 45 peratus iaitu lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) yang hanya 25 peratus.
"Standard ini diukur daripada kemampuan PDRM menyelesaikan sesuatu kes," katanya lagi.
Beliau berkata, kurang satu peratus daripada kira-kira 85,000 anggota polis terbabit dengan pelbagai salah laku termasuk jenayah dan rasuah.
"Jumlah ini kecil dan tidak adil sama sekali untuk masyarakat memburuk-burukkan anggota polis," katanya.