Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Selepas PRU14 BN ibarat kain putih
Diterbitkan:  Jul 24, 2018 8:07 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

PRK SG KANDIS | Pimpinan dan anggota BN diingatkan agar sedar diri berikutan parti itu bukan lagi kerajaan.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sehubungan itu kepimpinan dan anggota parti tidak perlu menjelaskan sebarang isu kepada rakyat kerana ia telah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikannya.

"Apa sahaja isu yang timbul seperti kos sara hidup Felda, GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB biarlah kerajaan hari ini yang jawab.

"Kita ini ibarat kain putih, tiada isu lagi... kita sudah kalah, buatlah cara kalah dengan pandai membawa diri dan tidak menjadi cemuhan orang," katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN untuk pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN untuk PRK itu Datuk Lokman Noor Adam.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga pengarah PRK tersebut menasihatkan seluruh jentera parti agar bekerja lebih keras dan terus bersama-sama berganding bahu bagi memenangi pilihan raya berkenaan.

Sementara itu, Annuar berkata BN tetap dengan pendirian untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada PRK dewan undangan negeri Balakong akan datang.

Kerusi Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee dari DAP dalam satu kemalangan Khamis lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS