Utusan dibenar merayu terhadap saman Manjeet Singh
Tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan Utusan Malaysia merayu terhadap keputusan yang mendapati akhbar itu memfitnah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon dan seorang peguam kanan.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum hari ini membenarkan Utusan mengemukakan dua persoalan undang-undang.
Mahkamah tertinggi juga mengarahkan kes itu diuruskan bersama dengan rayuan Malaysiakini dalam kes dengan Raub Australian Gold Mine.
Peguam Utusan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan alasan pembelaan pelaporan, yang turut dibenarkan terhadap Malaysiakini awal bulan ini.
Utusan diarah membayar ganti rugi RM200,000 kepada Manjeet selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhbar Umno itu Mac lalu.
Manjeet diwakili oleh Americk Singh Sidhu.

