Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zuraida belum buat keputusan bertanding pemilihan PKR

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pemilihan parti itu atau tidak.

Menurut menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, hal ini memandangkan tarikh menghantar nama di tunda sehingga 5 Ogos, jadi ia memberi lebih masa untuknya membuat pertimbangan.

"Saya belum lagi memutuskan jawatan apa akan bertanding. Dalam masa terdekat (saya) akan buat keputusan dan buat pengumuman kerana tarikh dah tunda daripada 29 Julai kepada 5 Ogos.

"Ia beri saya lebih masa untuk pertimbangkan (untuk bertanding atau tidak)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini," katanya.

Zuraida berkata demikian ketika ditanya jika akan bertanding bagi mana-mana jawatan sempena pemilihan PKR tahun ini.

PKR pecah dua kem

Selain itu, mengulas soalan partinya itu kini berpecah kepada dua kem, Zuraida tidak menafikannya.

Malah, beliau berkata, ia merupakan satu amalan demokrasi yang sihat kerana wujudnya 'perlawanan' dalam sesebuah parti.

"Kalau lawan mesti ada beberapa kem. Kalau tak, tak ada lawan.

"Kita mengamalkan demokrasi jadi pengamal demokrasi membenarkan orang untuk bertanding. Biarkan mereka bertanding. Selepas itu, mereka boleh menjadi kawan (semula)," ujarnya lagi.

Minggu lalu Zuraida mengeluarkan kenyataan bahawa Wanita PKR menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden namun mengingatkan agar parti bersedia "menjulang prinsip demokrasi" sekiranya jawatan berkenaan dicabar.

Zuraida turut mengingatkan agar PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula daripada kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Lihat Komen
ADS