Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid jumpa Ku Li bincang masa depan Umno
Diterbitkan:  Jul 24, 2018 4:48 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah, pesaing beliau dalam pemilihan parti itu bulan lalu, bagi membincangkan masa depan Umno.

"Alhamdulillah, saya baru saja menziarahi Tengku Razaleigh Hamzah. Bertanya khabar dan membincangkan hala tuju Umno demi ke arah yang lebih baik. Kami bersifat semangat setiakawan," ciap Zahid di Twitter.

Beliau berkongsi gambar pertemuannya dengan Anggota Parlimen Gua Musang itu di kediaman Razaleigh yang dikenali sebagai replika Rumah Putih.

Zahid menewaskan Razaleigh dalam pertarungan tiga penjuru merebut jawatan presiden Umno bulan lalu yang turut menampilkan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Razaleigh mendapat undi paling sedikit dalam pertandingan itu.

Perjumpaan dengan Razaleigh selepas Khairy menjarakkan dirinya daripada kepimpinan Umno di bawah Zahid.

KJ bersikap kritikal

Khairy enggan menerima sebarang jawatan dalam Umno supaya beliau dapat terus bersikap kritikal.

Khairy menyelar tindakan Zahid melantik bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ke dalam Majlis Tertinggi Umno, menyifatkannya sebagai mengecewakan dengan pusingan 'U' yang memalukan.

Beliau, yang dikenali sebagai KJ antara dua anggota parlimen Umno yang tidak ikut serta tindakan keluar Dewan Rakyat pada hari pertama sidang parlimen sebagai bantahan terhadap pelantikan Speaker Mohamad Ariff Md Yusof.

Manakala Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa membidas Khairy yang tidak ikut wakil rakyat BN dan PAS keluar dewan dengan sindiran, "yang wibawa ikut HARAPAN."

Lihat Komen
ADS