Pengurus pilihanraya sahkan wakil Bebas ambil borang calon
Pegawai Pengurus pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir, Abdul Halim Ahmad mengesahkan wakil pihak yang kan bertanding dalam pilihanraya kecil itu termasuk mereka yang tidak mewakili mana-mana parti mengambil borang untuk menyertai pertandingan tersebut.
Ini secara tidak langsung menguatkan hujah, Datuk Paduka Ibrahim Ali akan turut mengambil bahagian pada pilihan raya terbabit sebagai calon bebas.

Sebelum ini Ibrahim yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas bersumpah dengan nama Allah akan mewakili penyokongnya pada pilihan raya kecil ini.
Abdul Halim berkata, setiap calon yang akan bertanding mengambil sekurang-kurangnya tiga set borang dan setakat ini kira-kira 10 set borang sudah dibeli mereka dengan harga RM20 bagi setiap satu.
Ketika memberitahu persidangan media di Bilik Gerakan Negeri Pejabat Jajahan Pasir Mas petang semalam, beliau berkata, pihaknya sudah membuat persiapan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya tersebut termasuk melantik 285 petugas. Begitu juga persiapan sekiranya banjir melanda.
Menurut laporan HarakahDaily.Net, penamaan calon pilihan raya itu akan diadakan Ahad ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, begitu juga penjumlahan undi turut diadakan di tempat yang sama.
"Pilihan raya kecil ini akan menggunakan daftar pemilih yang disahkan sehingga 15 Ogos 2005 yang mengandungi jumlah pemilih seramai 18,411 orang termasuk 195 pengundi pos.
"Kita juga menetapkan sembilan sekolah untuk dijadikan tempat mengundi termasuk Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenok, SK Banggol Chicha, SK Dato' Hamid dan SK Kubang Bemban," katanya.
Turut serta pada sidang media itu pegawai-pegawai dari Jabatan Penerangan Kelantan. Menurutnya juga, pengundian bagi undi pos akan diadakan bermula 30 November ini. Mereka sebahagian besar anggota polis dan petugas SPR.
Beliau turut berharap parti yang bertanding mematuhi arahan SPR, pihak polis dan Majlis Daerah Pasir Mas dari aspek pemasangan poster dan tempat ceramah.
Abdul Halim juga memberitahu pihaknya sudah bersedia sekiranya berlaku pengiraan undi dua kali seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu, di mana tempat menyimpan peti dilengkapi dengan kamera litar tertutup.