'Kami bayar jika anda terima pendatang' - EU
Suruhanjaya Eropah telah menawarkan untuk menanggung kos pengambilan pendatang dari kapal-kapal di Mediterranean, bagi menarik lebih banyak kerajaan untuk berbuat demikian selepas kerajaan baru Itali menutup pelabuhannya kepada kapal-kalap penyelamat.
Di bawah cadangan yang dikeluarkan di Brussels semalam, bajet biasa Kesatuan Eropah akan membayar 6,000 euro (RM28,461) untuk setiap pendatang yang diambil, serta membiayai kos beratus-ratus anggota pakar untuk membantu memproses kebanyakan pendatang Afrika mencari suaka di Eropah .
Rancangan Suruhanjaya itu yang menyasarkan kerajaan-kerajaan EU yang menubuhkan pusat kawalan di negara mereka, ekoran sidang kemuncak pemimpin Jun yang menyatakan kejayaan dalam mencapai persetujuan untuk mengawal imigresen tetapi banyak lagi butiran yang belum diputuskan.
Kerajaan Itali dan Jerman berdepan tekanan berat untuk memastikan lebih sedikit pendatang masuk ke wilayah mereka dari Mediterranean, sementara pemimpin-pemimpin Eropah Timur menentang untuk membawa mereka masuk. Itali telah menutup pelabuhannya kepada kapal penyelamat kemanusiaan.
Dengan menerbitkan cadangannya, seorang jurucakap suruhanjaya itu berkata ia sedang mencari "perkongsian tanggungjawab serantau dalam menangani cabaran yang kompleks".
Utusan EU dijangka membincangkan cadangan itu hari ini. Sepanyol, Perancis dan Malta mungkin mendapat manfaat terbesar, memandangkan mereka telah menerima beberapa ketibaan dari kapal yang ditolak oleh Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini.
Kedua-dua Itali dan Malta menghalau sebuah bot dengan 60 pendatang awal bulan ini, memaksa ia berlabuh di Barcelona, dalam contoh percanggahan Eropah mengenai isu itu.
Suruhanjaya mencadangkan fasa perintis untuk dilancarkan secepat mungkin dan berkata "pusat kawalan" yang boleh bergantung kepada ratusan jurubahasa dan pakar suaka, yang semuanya dibayar oleh Kesatuan Eropah.
Ia akan membolehkan pemeriksaan segera ke atas pendatang yang tiba, menghantar balik mereka yang tidak layak untuk suaka, kata Suruhanjaya itu. Ia juga akan menhalang pendatang daripada mengelak peraturan pendaftaran dan terus ke destinasi yang paling popular, termasuk Jerman dan Sweden.
Secara selari, Suruhanjaya membentangkan cadangan untuk "platform kedatangan serantau" yang mungkin terletak di luar Kesatuan Eropah untuk memproses pendatang yang diselamatkan di laut. Bagaimanapun, rancangan itu masih samar-samar dan tidak menyebutkan mana-mana negara tuan rumah yang berpotensi. [Baca berita penuh]
- Reuters

